Monday, September 30, 2019

PEMBELAJARAN MINGGU KESEPULUH


Selasa, 24 September 2019 - Pada hari Selasa yang lalu kami diberi tugasan untuk membuat pembentangan tentang Dasar Pembangunan Belia Negara. Dua lagi kumpulan membentangkan tentang Pelan Integriti Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


                                         


Dasar Pembangunan Belia Negara bertujuan membimbing pergerakan belia negara. Hal ini juga untuk mengukuhkan lagi keselamatan negara dan bermatlamat bagi melahirkan belia yang patriotik.
Takrif belia bermula dari umur 15 tahun sehingga 40 tahun. Namun dari segi perlaksanaan program dan orientasi bermula dari umur 18 tahun sehingga 25 tahun.

Matlamat belia Malaysia adalah untuk mewujudkan belia Malaysia yang bersepadu dari segi rohani, akhlak, jasmani, bertanggungjawab, berdikari dan patriotik serta penggerak kepada pembangunan negara Malaysia.

Antara isu dasar belia negara ialah mengamalkan prinsip rukun negara, mewujudkan semangat perpaduan, mewujudkan sifat kempimpinan yang matang, galakan penyertaan dalam proses perancangan negara, membina nilai moral yang tinggi, dan mencapai taraf keilmuan yang mendalam.

 
                                                      Disediakan : Siti Nuraisyah Khairul Amir
                                                                           30DIB19F1024

Monday, September 23, 2019

PEMBELAJARAN MINGGU KESEMBILAN

PEMBANGUNAN NEGARA


Negara maju seperti Jepun mengamalkan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas kerana kerajaan tidak campur tangan dalam hal ekonomi negara.Oleh itu,ekonomi negara tersebut mestilah stabil dan tidak mempunyai masalah ekonomi.
Kerajaan Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran kerana pihak swasta dengan pihak kerajaan campur tangan dalam hal ekonomi.

DASAR PECAH DAN PERINTAH (sistem Dwiekonomi)
  • dasar pecah dan perintah dilakukan oleh British semasa berlaku peperangan.
  • British memperkenalkan pelbagai kegiatan ekonomi di tanah melayu seperti perlommbongan.
  • British mengekalkan tradisi melayu di tanah melayu
EKONOMI SEMASA PENJAJAHAN BRITISH
  1. Tradisional- ekonomi orang melayu yang dilakukan secara kecil kecilan dengan modal yang sedikit
  2. Ekonomi komersial- biji timah dan getah sumber utama dan ia memerlukan pengangkutan yang baik untuk mengeksport dan mengimport barang dagangan.




KESAN UTAMA SISTEM DWI EKONOMI




KONSEP PEMBANGUNAN

Pembangunan negara adalah merangkumi segala bentuk tindakan atau aktiviti kerajaan yang bercorak pembagunan yang digubal secara satu pakej untuk memenuhi keperluan perancagan sesuatu idea pelaksanaan.

CIRI CIRI PEMBANGUNAN NEGARA



MATLAMAT PEMBANGUNAN






















BELANJAWAN

Mengawal kewangan masyarakat agar tidak berlaku pembaziran yang boleh mengundang kepada masalah ekonomi negara.
Meguruskan belanjawan negara dengan lebih sistematik.


DASAR PEMBANGUNAN SISTEMATIK
  • Rancangan Lima Tahun
  • Rancangan Rangka Jangka Panjang (RRJP) (lebih daripada lima tahun).
RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA


RANCANGAN LIMA TAHUN























LIMA TERAS STRATEGIK UTAMA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF

Strategi ini adalah untuk menjadikan sesebuah negara menjadi lebih maju dari semua aspek.Ia juga untuk menjadikan pembangunan sesebuah negara menjadi lebih tersusun dan stabil dari segi ekonomi.


KESIMPULAN

Kesimpulannya pembagunan negara amat penting dalam membagunkan negara menjadi sebuah negara yang maju.Perancangan amat lah penting kerana ia dapat menentukan sama ada negara tersebut berada dalam keadaan yang tersusun dari segi ekonomi ataupon tidak.




disediakan oleh:Nur Izyani Nazihah Binti Mohd Nizam
(30DIB19F1014)

Monday, September 9, 2019

PEMBELAJARAN MINGGU KELAPAN

BAB 5:KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN.


  1. KONSEP-KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK.
  • Setiap etnik atau kaum itu sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza.Walaubagaimanapun dalam pengajian mengenai masyarakat,beberapa konsep kemasyarakatan perlu diperhalusi bagi memahami secara mendalam mengenai etnik-etnik yang ada di seluruh dunia pada hari ini.
    2.TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA:DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI.
  • Secara umumnya,tahap hubungan etnik di Malaysia boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi.Oleh itu,perkembangan tahap hubungan etnik di Malaysia melalui satu proses yang panjang sehingga ke hari ini.Jelasnya,perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap yang rendah hinggalah ke tahap yang tinggi.
      a)Segregasi
*pemisahan dilihat melalui tempat tinggal,sistem pendidikan,pekerjaan dan pergaulan.
FORMULA:A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik.

     b)Akomodasi
*Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankn budaya dan nilai hidup masing-masing.
FORMULA:A+B+C=A+B+C

   c)Akulturasi
*Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalan kalangan individu atau kelompok dari budaya lain.
FORMULA:Abc + Bac + Cab

  d)Asimilasi
*Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama.
FORMULA:A + B + C=A(DOMINAN)

 e)Amalgamasi
*Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu.
FORMULA:A + B + C = D

  3.KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM
  • Kamus dewan(2005) mentakrifkan kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak , kelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
  • Adat resam adalah amalan yang diwarisi turun temurun dalam sesuatu masyarakat dan ianya telah menjadi kebiasaan.
  4.PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
  • Proses perpaduan merujuk kepada penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan seperti fizikal,ekonomi,politik dan sosial.
  • Integrasi pula melibatkan semua penyatuan di atas,termasuk aspek biologikal.
  • KESIMPULAN:Perpaduan dan integrasi Nasional adalah satu usaha dan proses penyermpurnaan dengan mengenakan kaedah tertentu bagi mewujudkan sebuah masyarakat berindentiti nasional.
 5.RUKUN NEGARA SEBAGAI SATU STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN.
  • Rukun negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA.
1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2.KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3.KELUHURRAB PERLEMBAGAAN 
4.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5.KESOPANAN DAN KESUSILAAN.


KESIMPULAN
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA PERLU BERSYUKUR DI ATAS SEGALA KENIKMATAN YANG TELAH KITA MILIKI DENGAN MEMPUNYAI NEGARA YANG AMAN,DAMAI DAN MAKMUR.

LAMPIRAN



DISEDIAKAN OLEH:NUR ARINA BINTI ISMAIL (30DIB19F1008)










Monday, September 2, 2019

PERANAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)







Pada 16 Mei 1969 - Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1969 bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetusnye Tragedi 13 Meium 1969. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahli yang terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato' Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC.

pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman, memastikan  kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum. Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan tidakseimbangan ekonomi antara kaum.

Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara tlah ditubuhkan pada tahun 1970. Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.

Penubuhan Majlis Gerakan Negara telah memberikan sumbangan yang besar dalam memulihkan perpaduan di kalangan rakyat sehingga kemerdekaraan negara dapat dipertahankan hingga kini.


Disediakan Oleh:
NADIAH AUNI SYAFIQAH BINTI HAMIDI
(30DIB19F1004)

DASAR EKONOMI BARU(DEB)

DASAR EKONOMI BARU.(DEB)

  • Dasar ekonomi baru diperkenalkan pada tahun 1970,terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 16 Mei 1969.
  • DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990.

MASALAH MASALAH SEBELUM DILANCARKAN (RRJP)
  
  • Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
  • Jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat dengan pantai timur.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri di Semananjung  Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
  OBJEKTIF UTAMA DASAR EKONOMI BARU.

  • Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. 
  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
 ASPEK KEMISKINAN
 -Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan dan keharmonian negara.

FAKTOR DIKAITKAN DENGAN MASALAH KEMISKINAN DI MALAYSIA PADA KETIKA ITU:

  • Kejatuhan harga barang eksport akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia.
  • Saiz ekonomi rumah terlalu besar.
  • Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran
  • Bencana alam yang boleh mengakibatkan penyakit dan kerosakan tanaman.
 USAHA DIPRAKTIKKAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN MELALUI DEB:

  • Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama penganggur.
  • Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
  • Memodenkan kehidupan di luar bandar.
  • Memperbaik taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,latihan,kesihatan,kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
 STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN.

  • Kemiskinan di luar bandar.
 -Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebun kecil,menanam padi,pekerja estet,nelayan dan penternak.
  •  Kemiskinan di bandar
 -Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan, dan perkhidmatan.

 Image result for kadar kemiskinan mengikut negeri 1976 sehingga 2000

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT. 

  • Dasar pecah dan perintah
 -Diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu.
  • Kerajaan telah melaksanakan beberapa program
 -Melibatkan berbagai sektor ekonomi seperti perindustrian, perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, pelajaran, dan perumahan.
  • Strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha penyusunan semula masyarakat.
-Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.
- Penyusunan semula corak guna tenaga.
-Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
-Pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dan luar bandar.

KESIMPULAN

DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia.DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan dasar ini berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya,iaitu 'Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama'.



DISEDIAKAN OLEH:NUR ARINA BINTI ISMAIL
(30DIB19F1008)
















 


PEMBELAJARAN MINGGU KETUJUH

MINGGU KETUJUH

Pada 27 Ogos - kami telah ditayangkan sebuah video di youtube, Tanda Putera oleh Miss Hana.


Antara beberapa info yang telah perolehi ialah persahabatan akrab antara Tun Abdul Razak yaitu Perdana Menteri Kedua dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa merahsiakan dan mengetepikan masalah kesihatan masing - masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa merahsiakan penyakitnya (leukemia) yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan dirumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson tanpa pengetahuan sesiapa termasuk keluarga Tun Dr Ismail.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti zarah, tenaga pengajar, kara dan anak muda. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pelajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka bertugas di pejabat.





Bukti menunjukkan yang kami menonton video Tanda Putra yang ditayangkan oleh Miss Hana di Makmal Komputer 5:




















Disediakan oleh:
 NADIAH AUNI SYAFIQAH BINTI HAMIDI
(30DIB19F1004)