Saturday, October 12, 2019

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


                                         Image result for gambar sekolah kluster 


Sekolah Kluster Kecemerlangan merupakan salah satu sekolah yang ada di Malaysia. Sekolah ini juga dikenali sebagai  Sekolah Kluster dan juga 'Cluster School Of Excellence'.Sekolah ini dikenali sebagai sekolah berprestij tinggi. Sekolah Kluster ini merupakan jenama yang melambangkan kecemerlangan sekolah tersebut.

Sekolah Kluster ini berbeza dari segi kecemerlangan muridnya serta pengurusannya. Sekolah ini bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia serta memberi impak dan contoh yang baik kepada sekolah-sekolah lain.

Antara sekolah kluster yang ada di Malaysia ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai (STAND) yang berada di Pasir Gudang, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat yang terletak di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Sekolah ini bukan sahaja melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik malah kokurikulumnya sangat dititik beratkan. Ramai atlet yang lahir dari sekolah kluster tersebut. 

Silibus pembelajarannya mungkin sedikit berbeza daripada sekolah harian yang biasa.Selain itu, sekolah ini lebih melatih sahsiah diri pelajar sebagai pelajar yang cemerlang. 

                                                       Siti Nuraisyah Khairul Amir
                                                               30DIB19F1024

No comments:

Post a Comment