Monday, September 2, 2019

DASAR EKONOMI BARU(DEB)

DASAR EKONOMI BARU.(DEB)

  • Dasar ekonomi baru diperkenalkan pada tahun 1970,terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 16 Mei 1969.
  • DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990.

MASALAH MASALAH SEBELUM DILANCARKAN (RRJP)
  
  • Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
  • Jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat dengan pantai timur.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri di Semananjung  Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
  OBJEKTIF UTAMA DASAR EKONOMI BARU.

  • Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. 
  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
 ASPEK KEMISKINAN
 -Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan dan keharmonian negara.

FAKTOR DIKAITKAN DENGAN MASALAH KEMISKINAN DI MALAYSIA PADA KETIKA ITU:

  • Kejatuhan harga barang eksport akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia.
  • Saiz ekonomi rumah terlalu besar.
  • Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran
  • Bencana alam yang boleh mengakibatkan penyakit dan kerosakan tanaman.
 USAHA DIPRAKTIKKAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN MELALUI DEB:

  • Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama penganggur.
  • Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
  • Memodenkan kehidupan di luar bandar.
  • Memperbaik taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,latihan,kesihatan,kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
 STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN.

  • Kemiskinan di luar bandar.
 -Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebun kecil,menanam padi,pekerja estet,nelayan dan penternak.
  •  Kemiskinan di bandar
 -Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan, dan perkhidmatan.

 Image result for kadar kemiskinan mengikut negeri 1976 sehingga 2000

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT. 

  • Dasar pecah dan perintah
 -Diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu.
  • Kerajaan telah melaksanakan beberapa program
 -Melibatkan berbagai sektor ekonomi seperti perindustrian, perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, pelajaran, dan perumahan.
  • Strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha penyusunan semula masyarakat.
-Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.
- Penyusunan semula corak guna tenaga.
-Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
-Pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dan luar bandar.

KESIMPULAN

DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia.DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan dasar ini berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya,iaitu 'Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama'.



DISEDIAKAN OLEH:NUR ARINA BINTI ISMAIL
(30DIB19F1008)
















 


No comments:

Post a Comment