Pada 16 Mei 1969 - Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1969 bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetusnye Tragedi 13 Meium 1969. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahli yang terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato' Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC.
pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman, memastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum. Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan tidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara tlah ditubuhkan pada tahun 1970. Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya Akta Hasutan, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.
Penubuhan Majlis Gerakan Negara telah memberikan sumbangan yang besar dalam memulihkan perpaduan di kalangan rakyat sehingga kemerdekaraan negara dapat dipertahankan hingga kini.
Disediakan Oleh:
NADIAH AUNI SYAFIQAH BINTI HAMIDI
(30DIB19F1004)
No comments:
Post a Comment