Bahagian ini bermula sebagai Bahagian Sekolah yang dtubuhkan semenjak 1950an dengan fungsinya untuk menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk melaksanakan dasar pendidikan. Untuk menangani pertambahan sekolah dan kompleksiti pendidikan, Bahagian sekolah telah di strukturkan semula pada tahun 1995 dengan jawatan Pengarah dinaik taraf menjadi JUSA C dan dua Timbalan Pengarah DG54.
Pada tahun 2004 - sekali lagi penstukturan berlaku dimana tiga timbalan pengarah Gred DG54 diwujudkan dengan fungsi yang masih sama iaitu menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk mencapai dasar pendidikan bagi semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Pada 1 Mac 2008 - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diwujudkan melalui penstukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Dianggotai seramai 150 orang dengan 82 pegawai dan 68 anggota sokongan. Diketuai oleh seorang Pengarah (DG54) dan disusun kepada 7 sektor dengan 18 unit. Fungsinya, untuk meyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk mencapai dasar pendidikan bagi sekolah rendah dan menegah harian di Malaysia.
Pada 16 Januari 2010 - sektor permata telah diwujudkan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menjadi pertambahan kepada 8 sektor dan 20 unit dengan kekuatan seramai 88 pegawai dan 69 anggotan sokongan. Kini bahagian Pengurusan Sekolah Harian dianggotai 157 orang kakitangan.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Fungsi
Melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penyelarasan, pemantauan dan pengurusan
- Pegurusan program dan pengoperasian persekolahan
- Pengurusan Hal Ehwal murid
- Menerajui pengurusan mesyuarat dan persidangan 'stakeholders'
- Penempatan dan pertukaran guru
Disediakan Oleh :
NADIAH AUNI SYAFIQAH BINTI HAMIDI
30DIB19F1004

No comments:
Post a Comment