Melawan wabak covid-19 bukanlah tugas yang mudah apatah lagi terpaksa mendepani musuh yang tidak kita nampak. Jika tersilap langkah nyawa sendiri menjadi taruhan. Namun, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat mereka sanggup merisikokan diri sendiri untuk merawat orang ramai. Laporan kes positif dan aktif dengan kebolehjangkitan bagi pandemik wabak itu dilaporkan hampir setiap hari.
Asas mengetahui bahawa jihad tidak hanya semata-mata berperang dengan senjata di medan. Walaupun ia adalah maksud khusus namun konteks jihad adalah lebih luas. Jihad dengan maksud mengerah seluruh tenaga dan keringat bagi tujuan yang mulia di sisi Islam terutama menegakkan Islam dan mempertahannya.
Menyelamatkan nyawa adalah juga termasuk menjaga nyawa yang dibincangkan secara khusus dalam disiplin ilmu Maqasid al-Syariah iaitu menjaga nyawa. Maka menjaga nyawa dan memberikan hak kehidupan iaitu:
الحياة هبة الله، وهي مكفولة لكل إنسان، وعلى الأفراد والمجتمعات والدول حماية هذا الحق من كل اعتداء عليه، ولا يجوز إزهاق روح دون مقتضى شرعي
“Kehidupan merupakan anugerah Allah dan ia dipikulkan untuk dijamin pelihara oleh setiap insan, atas individu, masyarakat dan negara bagi memelihara hak ini dari sebarang pencerobohan ke atasnya. Tidak boleh membunuh tanpa kebenaran sebab syar’i.”
Petugas COVID-19 terlibat di luar rumah dan langsung dengan para pesakit dan mereka yang disyaki wabak bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan. Mereka mengorbankan tenaga dan masa di tempat bekerja bagi menghadapi wabak ini untuk ditangani.
Di dalam al-Quran, Allah S.W.T memuji kalangan orang mukmin yang berkorban dengan istilah ‘berjual beli’ dengan Allah. Hakikatnya mereka berkorban jiwa, tenaga, harta bahkan masa demi meraih redha Allah dan dibalas ganjaran syurga.
Inilah nilai mulia dalam Islam kerana memberikan manfaat kepada orang lain. Islam mengajar umatnya sentiasa memberikan manfaat dan cakna kepada urusan orang lain. Islam mencela sikap kedekut, bakhil dan mementing diri sendiri dengan membiarkan orang sekelilingnya dalam keadaan terabai dan menanggung bebanan.
SITI NURAISYAH KHAIRUL AMIR (30DIB19F1024)
NUR SYAHIRAH BT SELAMAT (30DIB19F1015)