P. Waytha Moorthy
Isu ini telah terjadi di Bandaraya Melaka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah menyeru agar isu ini tidak dijadikan sebagai modal untuk meraih mana-mana sokongan dari parti politik.
Hal ini masih menjadi masalah yang besar dalam negara kita sehingga menyebabkan sebahagian kaum tidak dapat peluang pekerjaan kerana adanya syarikat-syarikat yang memilih pekerja mengikut kaum. Masalah ini menjadi punca kepada perpecahan kaum yang sangat besar tetapi tidak diberikan perhatian yang sepatutnya. Sedangkan hal ini mampu memusnahkan keamanan negara yang sedia ada.
Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang, berkemungkinan bilangan penganggur di Malaysia akan meningkat. Peluang pekerjaan yang saksama boleh menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara kita dan sekali gus membolehkan semua rakyat memberi keupayaan yang optimum.
Kejadian ini banyak berlaku di bandar-bandar besar kerana peluang pekerjaan menjadi kecil dan menjadi lebih sukar apabila perbezaan kaum menjadi isu untuk mendapat satu pekerjaan. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menghargai hidup aman yang telah ada di negara kita dan perlu menjaganya dengan cara tidak mendiskriminasi mana-mana kaum yang ada di Malaysia.
disediakan oleh: Siti Nuraisyah binti Khairul Amir
(30DIB19F1024)
:Nur Izyani Nazihah binti Mohd Nizam
(30DIB19F 1014)

No comments:
Post a Comment