Pada hari Selasa, 16 Ogos , Miss Hana telah memberi tugasan untuk dibuat sepanjang curi Raya Haji yang akan tiba. Tugasan perlu dilakukan menggunakan Powtoon.
Tajuk tugasan yang diberikan ialah tentang Suruhanjaya Pilihan Raya. Miss Hana menujukkan cara-cara menggunakan Powtoon sebelum memberi tugasan kepada kami. Antara tajuk yang perlu dibuat ialah ;
1) Ciri-ciri calon
2) Ciri-ciri pemilih
3) Petugas pilihan raya
4) Proses pilihan raya
5) Bahagian pilihan raya
Kelas diteruskan lagi dengan pembelajaran tentang kontrak sosial. Kontrak sosial diwujudkan bagi mengelakkan pergaduhan kaum di tanah melayu. Kini kontrak sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan TM 1948.
Setelah selesai tentang kontrak sosial, kelas diteruskan lagi dengan tajuk pertabalan sultan. Kami diperkenalkan lagi dengan raja perlembagaan, Malaysia sebuah persekutuan, demokrasi berparlimen, agama Islam, fungsi majlis raja-raja, konsep pengasingan kuasa dan lain- lain lagi.
Kelas diakhiri dengan tugasan untuk dilakukan sepanjang cuti Raya Haji lagi. Kami amat menghargai pengorbanan Miss Hana dengan cara ini kami dapat menuntut ilmu walaupun sewaktu cuti. Kami perlu mencari kes-kes yang dibicarakan pada setiap mahkamah-mahkamah yang ada di Malaysia.
Kesimpulannya, kelas pada hari tersebut memberikan kami banyak ilmu tentang kehidupan realiti.
Disediakan oleh : Siti Nuraisyah Khairul Amir
No. Matriks : 30DIB19F1024
No comments:
Post a Comment