Monday, August 12, 2019

SISTEM PEMERINTAHAN

SISTEM PEMERINTAHAN 

jenis - jenis mahkamah dan peranannya

1. Mahkamah tentera

Peranan
  •  Megendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
  •  Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah 
  •  antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya
  •  Boleh menjatuhkan sebarang hukuman, kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
  •  Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi

Disediakan oleh: NADIAH AUNI SYAFIQAH BINTI HAMIDI (30DIB19F1004)


2.Mahkamah Tinggi

Peranan
  • Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara asing yang berada di malaysia
  • membicarakan kes-kes sivil melibatkan hal -hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman ,wasiat perkahwinan seta penceraian bagi bukan muslim dan kemuflisan
  • mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari mahkamah rendah yang nilainya melebihi RM25
  • memberikan nasihat kepada mahkamah rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembagaan
Disediakan oleh: NUR ALIAH AZUA BINTI ROSMAN (30DIB19F1007)

3. Mahkamah Juvana

Peranan
  • Diwujudkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90)
  •  Berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia (1949), Sabah (1972) dan Sarawak (1986).
  • Dikenali Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
  • Dalam Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21), “kanak-kanak” merujuk kepada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.

 “Juvana” – seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.
* Seksyen 82 Kanun Keseksaan: Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun.
Mahkamah ini membicarakan kes-kes melibatkan kanak-kanak berumur 10 – 18 tahun, “kanak-kanak” merujuk kepada mereka yang berumur di bawah 14 tahun dan “orang muda” kepada mereka yang berumur 14 – 18 tahun, kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati.

disediakan oleh: NUR ARINA BINTI ISMAIL (30DIB19F1008)

4.Mahkamah Agung

Peranan

  • merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.
  • Dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan.
  • Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan.
  • Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
  • Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes rayuan darimahkamah Rayuan dan mahkamah Tinggi.
  • Kes kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah.
  • Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini.
disediakan oleh:Nur Izyani Nazihah Binti Mohd Nizam
30DIB19F1014


5. Mahkamah Syariah

Peranan
  • ditubuhkan mengikut Enakmen Undang- undang Pentadbiran Islam Negeri.
  • membicarakan tentang kes sivil serta kes jenayah orang-orang Islam.
  • Antara contoh kes yang dikenakan hukuman di mahkamah syariah ialah ;
  i) Khalwat - Denda tidak melebihi RM3000.00 atau tidak melebihi 2 tahun penjara atau kedua- duanya sekali.
       
 ii) Tidak menghormati bulan ramadhan - Denda tidak melebihi RM2000.00 tidak melebihi 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 iii) Tidak menunaikan solat jumaat - Denda tidak melebihi RM1000.00 atau tidak melebihi  6 bulan penjara  atau kedua-duanya sekali.
                                                                 
  iv) Isteri tidak menurut perintah - Denda tidak melebihi RM100.00 untuk kesalahan kali pertama dan tidak melebihi RM500.00 untuk kesalahan kedua atau seterusnya.
                                                                                  

Disediakan oleh : Siti Nuraisyah Khairul Amir
30DIB19F1024

         







No comments:

Post a Comment