Monday, August 26, 2019

PEMBELAJARAN MINGGU KEENAM

MINGGU KEENAM

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
  • KUMPULAN MANUSIA YANG MENETAP BERSAMA-SAMA DI SUATU TEMPAT DENGAN MENGIKUT ATURAN DAN CARA TERTENTU JUGA TERDIRI DALAM PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT DAN KAUM



FAKTOR-FAKTOR BRITISH MEMBAWA MASUK IMIGRAN
  • orang melayu telah diketepikan atas dasar tidak mahu gugat struktur tradisional yang sedia ada.
  • buruh-buruh dari luar dibawa masuk untuk tampung keperluan sumber tenaga dan capai matlamat eko british.
  • buruh-buruh didapati secara murah ,kuat kerja,berdayatahan dan berpotensi bengunkan sumber eko negeri melayu









CARA KEMASUKKAN IMIGRISEN
  • pada peringkat awal perlu membayar sendiri kos perjalanan tetapi permintaan yang bertambah menyebabkan lebih banyak cara.
  • sistem tiket kredit
  • pengambilan oleh majikan
  • sistem pengambilan rumah kongsi





1)SISTEM TIKET KREDIT
  • hutang tampung kos perjalanan dari cina ke tanah melayu
  • perlu kerja dengan pemberi hutang sampai hutang dilangsaikan
  • buruh disediakan tempat tinggal

2)PENGAMBILAN OLEH MAJIKAN
  • majikan hantar ejen-ejen tersendiri
  • kos perbelanjaan dan perjalanan ditanggung
  • buruh dinamai buruh kontrak
3)SISTEM PENGAMBILAN RUMAH KONGSI
  • pihak pengurusan akan membawa masuk buruh
  • disediakan rumah-rumah tumpangan



AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA

1)MELAYU
  • menganut agama islam
  • matlamatnya lahir dan bentuk malaysia dengan berpaksi percaya kepada allah semata-mata
  • sediakan panduan hidup
2)CINA
  • buddha yang terbahagi kepada 2 iaitu taoisme dan confusianisme
  • galak penganut amal meditasi cara kehidupan abadi
3)INDIA
  • keselurahanya menganut agama hindu 
  • kepercayaan kepada banyak tuahn
  • konsep karma dan kelahiran semula










NUR ALIAH AZUA BINTIN ROSMAN
(30DIB19F1007)








ISU PERKAUMAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA

Elak diskriminasi kaum dalam sektor perkerjaan.




P. Waytha Moorthy


Isu ini telah terjadi di Bandaraya Melaka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah menyeru agar isu ini tidak dijadikan sebagai modal untuk meraih mana-mana sokongan dari parti politik.

Hal ini masih menjadi masalah yang besar dalam negara kita sehingga menyebabkan sebahagian kaum tidak dapat peluang pekerjaan kerana adanya syarikat-syarikat yang memilih pekerja mengikut kaum. Masalah ini menjadi punca kepada perpecahan kaum yang sangat besar tetapi tidak diberikan perhatian yang sepatutnya. Sedangkan hal ini mampu memusnahkan keamanan negara yang sedia ada.

Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang, berkemungkinan bilangan penganggur di Malaysia akan meningkat. Peluang pekerjaan yang saksama boleh menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara kita dan sekali gus membolehkan semua rakyat memberi keupayaan yang optimum.

Kejadian ini banyak berlaku di bandar-bandar besar kerana peluang pekerjaan menjadi kecil dan menjadi lebih sukar apabila perbezaan kaum menjadi isu untuk mendapat satu pekerjaan. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menghargai hidup aman yang telah ada di negara kita dan perlu menjaganya dengan cara tidak mendiskriminasi mana-mana kaum yang ada di Malaysia.

disediakan oleh: Siti Nuraisyah binti Khairul Amir
                                       (30DIB19F1024)
                             :Nur Izyani Nazihah binti Mohd Nizam
                                        (30DIB19F 1014)    



Monday, August 19, 2019

SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA

SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA
(Nur Aliah Azua Binti Rosman 30DIB19F1007)

(Nur Arina Binti Ismail 30DIB19F1008)

(Nur Izyani Nazihah binti Mohd Nizam
30DIB19F1014)

 (Siti Nuraisyah Khairul Amir 30DIB19F1024)


(Nadiah Auni Syafiqah binti Hamidi  30DIB19F1004)

PEMBELAJARAN MINGGU KELIMA


Pada hari Selasa, 16 Ogos , Miss Hana telah memberi tugasan untuk dibuat sepanjang curi Raya Haji yang akan tiba. Tugasan perlu dilakukan menggunakan Powtoon.

Tajuk tugasan yang diberikan ialah tentang Suruhanjaya Pilihan Raya. Miss Hana menujukkan cara-cara menggunakan Powtoon sebelum memberi tugasan kepada kami. Antara tajuk yang perlu dibuat ialah ;

1) Ciri-ciri calon 
2) Ciri-ciri pemilih
3) Petugas pilihan raya
4) Proses pilihan raya
5) Bahagian pilihan raya





Kelas diteruskan lagi dengan pembelajaran tentang kontrak sosial. Kontrak sosial diwujudkan bagi mengelakkan pergaduhan kaum di tanah melayu. Kini kontrak sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan TM 1948.


Setelah selesai tentang kontrak sosial, kelas diteruskan lagi dengan tajuk pertabalan sultan. Kami diperkenalkan lagi dengan raja perlembagaan, Malaysia sebuah persekutuan, demokrasi berparlimen, agama Islam, fungsi majlis raja-raja, konsep pengasingan kuasa dan lain- lain lagi.


Kelas diakhiri dengan tugasan untuk dilakukan sepanjang cuti Raya Haji lagi. Kami amat menghargai pengorbanan Miss Hana dengan cara ini kami dapat menuntut ilmu walaupun sewaktu cuti. Kami perlu mencari kes-kes yang dibicarakan pada setiap mahkamah-mahkamah yang ada di Malaysia.


Kesimpulannya, kelas pada hari tersebut memberikan kami banyak ilmu tentang kehidupan realiti.

Disediakan oleh : Siti Nuraisyah Khairul Amir
No. Matriks : 30DIB19F1024

Monday, August 12, 2019

SISTEM PEMERINTAHAN

SISTEM PEMERINTAHAN 

jenis - jenis mahkamah dan peranannya

1. Mahkamah tentera

Peranan
  •  Megendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
  •  Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah 
  •  antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya
  •  Boleh menjatuhkan sebarang hukuman, kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
  •  Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi

Disediakan oleh: NADIAH AUNI SYAFIQAH BINTI HAMIDI (30DIB19F1004)


2.Mahkamah Tinggi

Peranan
  • Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara asing yang berada di malaysia
  • membicarakan kes-kes sivil melibatkan hal -hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman ,wasiat perkahwinan seta penceraian bagi bukan muslim dan kemuflisan
  • mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari mahkamah rendah yang nilainya melebihi RM25
  • memberikan nasihat kepada mahkamah rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembagaan
Disediakan oleh: NUR ALIAH AZUA BINTI ROSMAN (30DIB19F1007)

3. Mahkamah Juvana

Peranan
  • Diwujudkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90)
  •  Berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia (1949), Sabah (1972) dan Sarawak (1986).
  • Dikenali Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
  • Dalam Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21), “kanak-kanak” merujuk kepada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.

 “Juvana” – seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.
* Seksyen 82 Kanun Keseksaan: Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun.
Mahkamah ini membicarakan kes-kes melibatkan kanak-kanak berumur 10 – 18 tahun, “kanak-kanak” merujuk kepada mereka yang berumur di bawah 14 tahun dan “orang muda” kepada mereka yang berumur 14 – 18 tahun, kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati.

disediakan oleh: NUR ARINA BINTI ISMAIL (30DIB19F1008)

4.Mahkamah Agung

Peranan

  • merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.
  • Dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan.
  • Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Persekutuan.
  • Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
  • Merupakan mahkamah tertinggi mendengar kes rayuan darimahkamah Rayuan dan mahkamah Tinggi.
  • Kes kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah.
  • Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini.
disediakan oleh:Nur Izyani Nazihah Binti Mohd Nizam
30DIB19F1014


5. Mahkamah Syariah

Peranan
  • ditubuhkan mengikut Enakmen Undang- undang Pentadbiran Islam Negeri.
  • membicarakan tentang kes sivil serta kes jenayah orang-orang Islam.
  • Antara contoh kes yang dikenakan hukuman di mahkamah syariah ialah ;
  i) Khalwat - Denda tidak melebihi RM3000.00 atau tidak melebihi 2 tahun penjara atau kedua- duanya sekali.
       
 ii) Tidak menghormati bulan ramadhan - Denda tidak melebihi RM2000.00 tidak melebihi 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 iii) Tidak menunaikan solat jumaat - Denda tidak melebihi RM1000.00 atau tidak melebihi  6 bulan penjara  atau kedua-duanya sekali.
                                                                 
  iv) Isteri tidak menurut perintah - Denda tidak melebihi RM100.00 untuk kesalahan kali pertama dan tidak melebihi RM500.00 untuk kesalahan kedua atau seterusnya.
                                                                                  

Disediakan oleh : Siti Nuraisyah Khairul Amir
30DIB19F1024